member blogger

Friday, February 3, 2012

Friend Zone: Zon Berkawan


hoohey..Assalamualaikum..ehemm *baiki suara*
Amaran Keras: Aku tau entry aku bosan. jangan menyesal kalau dah baca

mari belajar mengenai zon-zon negara yang ada di atas muka bumi ini. Time zone dengan friend zone apa beza dia?.. ye, betol Time dgn Friend yang berbeza..Zone tetap sama. Dah..jngan mengarut pulak. Friend Zone tu hape sebenarnya??

mengikut Wikipedia: Friendzone---> The friend zone is when one person in a platonic relationship wishes to enter into a romantic relationship while the other does not

zon kawan ni bila kau nak bercinta dengan kawan balik kau sendiri..eh? macam tu la kot dalam bahasa senang.


1st time aku dengar perkataan friendzone ni aku dah terbayang yang awek/pakwek tak boleh dekat dengan kita .stay jauh2. duduk je kat kawasan zon kawan. Jangan cuba simpan perasaan.Kita kawan je.BFF.TTM.dan apa2 lagi yang sewaktu dengannya. Friendzone ni kau boleh nak rindu-rindu tapi kawan je la. Tak boleh nak cinta-cinta .

Tapi dah kalau semua nya kau tolak masuk zonKawan, bilanya kau nak tarik masuk zonCinta tu? lama-lama kang nanti #ForeverAlone pulak. Macam mana ye nak explain pasal friendzone ni, aku pon tak tau.Tapi semua faham kot. maksud lebih senang, 'kita rapat, tapi kita takkan ada apa-apa hubungan cinta'

dah tu kenapa beriya sangat nak cerita pasal FriendZone ni? Sebab dah ramai la jugak yang aku tolak masuk friendzone ni. Last2 semua hilang, alahai tak kan la tak dapat terima kenyataan kita berkawan je. Salah ke? Tak boleh ke nak berkawan je? Cukup la berkawan je.. Kalau bercinta nanti lagi banyak masalah. Kalau bercinta, putus, terus dah tak jadi kawan. Tak mau la macam tu.

Jangan lah kita putus kawan sebab tu dah sama macam memutuskan silaturrahim.
tak elok kan?
ermm..ok.

Wednesday, February 1, 2012

Bulan Baru...New Moon?

sebelum masuk 2 Febuari, aku post entry untuk 1Febuari.
Bye




ps: Wordless Wednesday, who need entry????..bhahahahaha

Tuesday, January 31, 2012

Kerushh (baca: Crush)

apakah maksud crush yang sebenarnya? aku belajar tak tinggi mana.tingkat 4 je paling tinggi pun bangunan fakulti aku tu. Yang aku tau crush ni istilah bagi orang yang kita minat eh? kan?..
kalau salah sila betol kan. aku tak nak berada di landasan yang salah sampai ke tua.

Jadi aku assume pahaman aku tu betol dan tak lari dari landasan yang benar..

Sebenarnya aku ada crush kat sorang manusia hamba Allah ni. Dah lama dah..tapi akibat kekangan keadaan yang tak menentu, perasaan kesukaan itu kene letak jauh2. Bila halangan tu semua dah tak ada rasa macam eh eh nak menggatal lah kan..puihh!

saja je nak bagitau..sapa-sapa yang crush kat aku jangan la kecewa (memang minah perasan!)..aku minat biasa-biasa je kat dia ni. Macam boleh letak dalam kategori bf Fantaliti je la *rujuk entri ini* sebab macam mustahil je aku nak kenal dia. Dan macam mustahil je dia nak dapat tau aku crush kat dia..haih.. masalah negara jugak macam ni


nah aku bagi Krusher KFC..bagi korang terliur malam-malam ni (kalau baca malam)
ada sape-sape boleh tolong tak? haaaa nanti aku belanja crush sorang kat korang. HaaHaa


Fact: 1/4 sexual relationships among 18-23 years old is about sexual desire only *viaTwitter*
so, tunggu umor lepas 23 la baru betol-betol cinta suci datang dari hati .Bukan sexual desire semata :-P

Sila BERBOGEL Sebelum Masuk Kedai Ini!

*delete gambar.x elok..hahaha*


MEMANG AKU TENGAH ANGIN SEKARANG NI!

Sape-sape duduk kat area rumah aku ni,Pasir Tumboh ni, dan kalau korang nak pergi PKT tu baik lah korang berbogel dahulu.

Tadi adik aku beriya ajak aku pergi PKT sebab dia nak beli mainan Transformer, aku yang tengah pokai ni ikot kan lah jugak nak beli mainan dia tu,eh aku kaya, x pokai..so,aku bawak la dia pergi sana lepas amek adik pompuan aku kat sekolah. Aku pakai jeans dengan tshirt lengan pendek. Lepas tu aku pakai la sweater,aku tak biasa pakai baju lengan pendek.Aurat kan..ye aku ni ada jugak baik nya.
PKT ni bagi aku memang lah terkenal dengan pakgad yang poyo semacam *hey ko pakgad xpayah berlagak sgt*...pekerja pun kerek jugak.
sampai dekat pintu masuk, ade sorang budak muda ni, keje die jadi pakgad cakap
"kak, buka sweater tu, letak kat sana"

dengan nada masih bersopan aku jawab
"tapi saya pakai baju lengan pendek ni"

dah orang cakap macam tu kau tak paham lagi ke pasal AURAt woi!!! pegi skolah agama ke tak kau ni?

selamber je dia jawab
"alah xpe.."-ko ni Islam ke x budak?

DOSA AKU KAU TANGGUNG KE???????????

dengan muka sombong aku cakap dekat adik aku
"jom la adik, tak payah masuk kedai buruk ni..jom pergi Pasific"

terus aku jeling dan blah dari situ..


kalau ye pon konon premis ko tu taknak kes kecurian ke, agak2 r wei..tengok orang sikit.bukan nye semua orang masuk dalam tu nak mencuri masukkan barang dalam sweater.consider ah sikit. lainla aku datang naik moto muka macam tongkang pecah. Aku datang naik kereta ,pakai jam mahal-mahal setakat kedai kau tu ape lah sangat.Bukan tak mampu sangat.
Ok bukan nak angkuh ke ape, tapi dah lama aku sabar dengan kedai ni. yang paling aku nak marah itu lah, aku pakai lengan pendek kot..Ape nak bOgel dulu baru boleh masuk ke?

dah lama aku observe pasaraya ni.patut la makin hari makin kurang barang, makin tak laku.Dah dekat pintu masuk pun ko dah bagi layanan buruk dekat pelanggan.Kan dah lari pelanggan. Bukan x pernah ada kes dulu.dah pernah.Sebab tu aku tak ada angin nak pergi kedai ni.

Nota: Aku memang hangin kalau macam ni.
Nota2: Sama jugak dengan kes akak-akak yang jaga Service Kaunter. Buat muka kerek dengan aku, aku maki depan2.Aku bukan penyabar dah sekarang ni.Sabar asyik kene pijak je..puiii!

Monday, January 30, 2012

Tanda dia jodoh kau (konon entry islamik)

ape pulak nak cakap pasal jodoh-jodoh dekat sini..choyy!!..
blog aku bukan tempat cari jodoh.

ni aku terfikir tadi. macam mana nak tau dia tu hampir-hampir jodoh kau
hampir-hampir je tau..bukan konfirm.
bukan nak letak list typical macam dekat blog-blog islamik tu. aku bukan alim. dah la jahat, kurang ajar pulak..*hehehe..gelak sopan*

satu je tanda-tanda yang aku boleh cakap. selama ni aku tengok orang sekeliling aku, contohnya kawan-kawan sekolah aku dlu.zaman-zaman highschool dulu

Dia mungkin jodoh kau bila selama kau berkapel dengan dia berat badan kau makin naik, muka kau makin bulat dan kau sendiri makin bulat

tapi!..bukan sebab kau pegnen anak nokharom tau. tapi sebab kau bahagia. ok. hipotesis ni hanya valid kepada perempuan yang kurus-makan-banyak-pon-tapi-tak-gemuk
macam aku. dan sebab aku masih kurus dan bila bercinta makin kurus, itu maksud bf aku tu bukan jodoh aku.ilek sudah kan.

kawan-kawan aku yang masa sekolah dulu lagi kering dari aku sekarang dah bolat kemain. sorang tu dah kawen. sorang lagi belom kawen..tapi badan makin berisi. Betol la tu bf dia jap g tu jodoh dia...

sorang lagi ha, tu nadiyayaaa..haha makin berisi..kahkahkah..dulu dia dengan ex dia kapel kurus jah.so tu bukan jodoh dia..dia dengan bf dia sekarang bahagia jah. badan pon makin bulat..kahkahkah..aku doakan tu jodoh dia :-)


AMARAN: valid untuk orang kurus kering metabolisma tinggi sahaja